“I stand with you, Ebit Lew,” – Najib Razak. Ustaz Kazim Elias pun turut bersuara – CARI

Nampaknya isu misi bantuan Gaza antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah terkenal,  Ebit Lew menjadi bualan hangat netizen gara-gara Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berjanji akan membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza pada Rabu ini.

Caprice juga menjelaskan bahawa pendedahan yang akan dibuat bukan disebabkan rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.

“Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.

“Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah.”

“Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” tulis Caprice.

Melihat di laman facebook mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak mula memuat naik status menyatakan sokongan padu terhadap Ustaz Ebit Lew dan mempersoalkan kenapa Ebit Lew dikritik disaat baru kehilangan ayahnya yang tersayang.

 

“Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?

“I stand with you, Ebit Lew,” – tulisnya.

 

Penceramah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias juga memuat naik status di laman sosialnya berkenaan kesalahan mencari kesalahan orang lain.

Rata-rata netizen mengaitkan perkongsian status tersebut sebagai teguran buat Caprice.

 

“Cari salah orang memang jumpa la..Kenapa x cari salah sendiri terlebih dahulu.”

“Mencari2 dan mencipta kesalahan orang lain itu sudah menjadi satu kesalahan.

Menjadikan netizen menyumpah menyeranah kerana perbuatan mencari2 kesalahan yg kita ciptakan jgk merupakan suatu kesalahan.”

“Mengutuk, menghina orang yg dikatakan bersalah sedangkan dia belum terbukti bersalah jgk satu kesalahan, hnya lantaran terpengaruh dgn dakwaan org lain.”

“Banyaknya kaitan salah krn menyalahkan orang lain sedangkan yg dikatakan bersalah belum tentu bersalah sebaliknya dialah yg sebenarnya sudah bersalah awal-awal lg kerana mungkin memfitnah, mengadu domba dan mengaibkan org.”

“Hormatlah org.. apatah lagi yg lebih tua drp anda.”

“Bila dah terasa lebih pandai drp org, itu satu penyakt sebenarnya. kena dirawat cepat takpun divaksin terlebih dahulu ” tulis UKE.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan nasihat Ustaz kazim.

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menzahirkan kata-kata semangat Ustaz Ebit Lew (UEL).

“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” tulis Tunku Ismail menerusi Instagramnya sebelum ini.

 

 

Dalam pada itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan secara damai.

“Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai,” ujar Dr Zulkifli. 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment on "“I stand with you, Ebit Lew,” – Najib Razak. Ustaz Kazim Elias pun turut bersuara – CARI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*