Lelaki Ini Muncul Sebagai Pemegang Rekod Terbanyak Guinness World Records

 

Kisah lelaki yang nama nya paling banyak dalam Guinness World Records.

Bagi setengah pihak, memecahkan rekod adalah sangat penting bagi membina jenama dirinya sendiri. Atau mungkin sekadar memuaskan hati sendiri yang sukakan cabaran.

Bagi Ashrita Furman, 66 tahun, melihat namanya terukir dalam buku Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) adalah impiannya.

Memecahkan 600 rekod dan masih memegang 200 daripadanya, lelaki dari Amerika Syarikat ini mula memecahkan rekod pada tahun 1979, ketika dirinya berusia 25 tahun.

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records 1
Sumber: Guinness World Records

Memiliki kerjaya tetap sebagai pengurus stor makanan kesihatan, Ashrita tidak pernah terfikir akan memecahkan satu rekod sekalipun kerana beliau bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan.

Ketika remaja, beliau berminat dengan ilmu dalaman dan mula menjadi pengikut Sri Chinmoy, seorang lelaki India yang mengajar mengenai meditasi di Barat.

Pada tahun 1978, Sri Chinmoy memberikan sokongan untuk Ashrita mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal 24 jam di Central Park, New York dan dengan hanya dua minggu berlatih beliau berjaya menduduki tempat ketiga dengan jarak sekitar 652km.

Pada waktu itu, beliau menambah Ashrita sebagai nama pertamanya, yang mana di dalam Bahasa Sanskrit membawa makna ‘dilindungi Tuhan’.

Rekod pertama beliau secara rasminya tercatat dalam Rekod Dunia Guinness adalah dengan melakukan lompatan jack sebanyak 27,000 kali pada tahun 1979.

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records 2
Sumber: Guinness World Records

Bermula daripada situ, semangat beliau sentiasa berkobar-kobar untuk memecahkan rekod dunia. Daripada rekod yang memberikan inspirasi sehinggalah rekod yang majoriti daripada penduduk dunia akan merasa pelik dengannya.

Antara rekod lain yang dipecahkan beliau yang membolehkan nama nya paling banyak tercatat dalam Guinness World Records:

  1. Menjadi individu yang boleh mengimbangkan gergaji di dagu paling lama di dunia pada tahun 2013 sebelum rekod ini dipecahkan oleh James Rawlings pada tahun Mei 2020.
  2. Memiliki lilin terbanyak di atas kek hari lahir dengan jumlah 72,585 batang sebagai tanda penghormatan kepada hari lahir Sri Chinmoy yang ke-85.
  3. Mengayuh basikal dengan mengimbangkan botol susu di kepala dengan jarak paling jauh.
  4. Berhula hoop paling lama dalam air.

Walaupun usianya sudah lanjut, Ashrita tetap aktif dalam usahanya mahu memecahkan rekod dunia. Dalam keadaan pandemik yang melanda, beliau meletakkan fokus untuk merampas semula rekod-rekod yang pernah beliau pegang namun berjaya dikalahkan calon lain.

Untuk pengetahuan anda, pemegang yang berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness tidak dibayar sebarang hadiah, pampasan dalam bentuk wang ringgit. Mereka hanya akan menerima sijil rasmi yang mengatakan rekod itu berjaya dipecahkan.

Malah, perbelanjaan untuk memecahkan rekod juga akan dibiaya sendiri oleh calon yang terlibat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : odisi via rotikaya

Be the first to comment on "Lelaki Ini Muncul Sebagai Pemegang Rekod Terbanyak Guinness World Records"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*