“Bukannya Aku M!nta D@d@h!” Ifa Raziah Jelas Sebab Ingin V@ks!n ‘Pf!z3r’

 

Sejak kebelakangan ini isu vaksin melibatkan golongan selebriti hangat diperkatakan di media sosial. Selepas pelakon Rita Rudaini dikecam kerana berpendapat mengenai warga emas tidak patut dipaksa menerima suntikan vaksin COVID-19, penyanyi dan pelakon, Datuk Ifa Raziah turut menerima nasib yang sama.

 

Ifa Terpaksa Batalkan Di Saat Akhir

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Menerusi video yang tular, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah binti Mustapha, 46 dilihat terpaksa membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan vaksin jenis Pfizer. Berikutan itu, Ifa dikecam oleh rata-rata netizen yang menyifatkannya sebagai ‘demand’ tatkala masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi.

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya di laman Tiktok

 

Hanya Pfizer Yang Sesuai Dengan Penyakit Ifa 

Bagaimanapun, jelas penyanyi dengan ‘tagline’ “Diva Puk Puk Puk” ini menerusi sebuah hantaran lain di Instagram, dia menjelaskan bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun kerana penyakit yang dihidapinya hanya vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” kata Ifa sebelum hantaran tersebut dipadam tidak lama kemudian

Meninjau pada ruangan komen, segelintir netizen berpendapat dan memberi contoh bahawa vaksin jenis lain juga selamat untuk diterima memandangkan ada ibu bapa mereka yang terdiri daripada warga emas menerima suntikan berkenaan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "“Bukannya Aku M!nta D@d@h!” Ifa Raziah Jelas Sebab Ingin V@ks!n ‘Pf!z3r’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*