“Saya & Mama Adalah Dua Individu Berbeza”

 

Ketika jutawan komestik Dato Seri Vida dikecam susulan isu bendera putih, anaknya, Cik B menerima pujian ramai apabila menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Seperti sudah dijangka, Cik B juga turut menerima komen daripada netizen berhubung isu ibunya. Menerusi satu entri di Twitter, Cik B ada memuat naik komen netizen mengenai perkara itu.

 

Tampil mengulas kritikan netizen itu, Cik B berharap netizen faham bahawa dia dan ibunya adalah dua individu berbeza. Ujarnya. ibunya berhak ada pandangannya sendiri namun tidak bermakna mereka berkongsi pendapat yang sama.

Kata Cik B lagi, dia menyifatkan ibunya seorang wanita yang sangat hebat dan sentiasa menghormati ibunya.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji jawapan matang gadis berusia 16 tahun itu. Serta berani bersuara mengenai isu melibatkan ibunya.

Dalam pada itu, netizen berkata di sebalik keperibadian Cik B hebat adalah disebabkan didikan hebat daripada ibunya. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan tidak sepatutnya membabitkan Cik B dalam kontroversi ibunya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "“Saya & Mama Adalah Dua Individu Berbeza”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*