Ismail Sabri Dilantik Sebagai TPM, Instagram Dafi Sekali Lagi Diserang Netizen

 

Pada petang Rabu, negara dikejutkan dengan dua pengumuman rasmi yang menyaksikan ‘portfolio’ pentadbiran negara mengalami pembaharuan.

 

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri 

Menerusi sebuah kenyataan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan akan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan dan turut mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

 

Instagram Dafi Sekali Lagi Diserang Netizen 

Dalam pada itu, meninjau ke hantaran terkini anak Ismail yang juga pelakon dan penyanyi, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai kecaman  dan sindiran terhadapnya.

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka mengharapkan agar Dafi dapat bersabar dengan tempias yang terkena terhadapnya sebagai anak orang kenamaan. Terdahulu, Murai.my melaporkan Dafi terlebih dahulu dikecam berikutan terdapat laporan rancangan realiti All Together Now Malaysia (ATNM) tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) pada Mac lalu.

Untuk rekod, Dafi merupakan salah seorang daripada 50 juri ATNM yang terdiri daripada pengamal media sosial serta selebriti terkenal tanah air yang mempunyai pelbagai latar belakang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Ismail Sabri Dilantik Sebagai TPM, Instagram Dafi Sekali Lagi Diserang Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*