Harry Khalifah Tubuhkan NGO Untuk Bantu Golongan Memerlukan

PENYANYI Harry Khalifah menegaskan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) yang ditubuhkan bagi membantu golongan susah bukan untuk mengejar populariti.

Menurut Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak, dia tidak mahu mengambil kesempatan dengan keadaan masyarakat yang kini sengsara akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan berkata, niat yang salah boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan hukuman Allah.

Apak 1

Harry berkongsi video ketika dia memberi bantuan kepada penduduk di Hulu Bernam.

 

Saya tubuhkan pertubuhan ini bukan sebab nak kejar populariti atau mencipta nama semata-mata. Bukan masa sekarang untuk kita kejar semua itu.

“Apa yang saya buat, atas dasar niat kerana Allah. Kalau ada yang nak ambil kesempatan untuk publisiti itu, saya harap mereka berhenti la dahulu.

“Bukan waktu sekarang kalau nak buat semata-mata untuk nama… kifarah itu akan datang kalau niat kita tak betul, “ kata Apak kepada mStar.

 

Penyanyi berusia 41 tahun itu menjelaskan perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Rabu.

Selain Harry, PGMM turut disertai oleh empat orang selebriti iaitu Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini.

Harry yang juga Presiden PGMM berkata, agihan sumbangan bermula Khamis di Sungai Buloh membabitkan 100 keluarga dan 100 keluarga lagi pada Jumaat di kawasan Ampang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Suaraku Syairmu ini memberitahu idea menubuhkan pertubuhan itu timbul selepas melihat ramai yang meminta bantuan di laman sosial.

“Idea menubuhkan PGMM timbul apabila melihat di sosial media ramai yang perlukan bantuan. Jiran saya pun ada. Kalau saya nak bergerak seorang, mungkin tak mampu. Jadi cuba tubuhkan pertubuhan.

“Dengan cara ini akan ramai lagi akan hulurkan bantuan dan kami dapat sampaikan pada merek memerlukan. Pada awalnya kami buat inisiatif dengan kumpul dana sendiri.

“Kami beli barangan keperluan asas dan agihkan pada yang yang selayaknya. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama dan sokongan daripada syarikat Amar Musafir Holdings Sdn Bhd, “ ujarnya.

 

 

Sumber : mstar

 

 

Be the first to comment on "Harry Khalifah Tubuhkan NGO Untuk Bantu Golongan Memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*