“Jangan Pisahkan Kami”

MELAKA : “Jangan pisahkan saya dengan anak- anak, payah mana pun saya tetap akan menjaga mereka dengan sepenuh kasih sayang seperti mana arwah suami sayangkan kami.

“Tidak mungkin saya akan pisahkan mereka adik beradik biarlah kami bersama- sama dan anak-anak ada didepan mata,” 

 

kata Siti Azimah Tajudin, 31, ibu kepada tujuh anak yang kini hilang tempat bergantung selepas kematian suami dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah suaminya Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia pada hari sama dia melahirkan anak bongsunya, 11 hari lalu.

Menurut Siti Azimah, biarpun diduga sebegini dan sukar untuknya menerima hakikat namun sebagai ibu dia perlu tabah demi anak- anak.

Be the first to comment on "“Jangan Pisahkan Kami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*