Guna Emoji ‘Haha’ Boleh Jatuh Hukum Haram?

 

Seorang ulama terkenal di Bangladesh yang mempunyai tiga juta pengikut di Facebook dan YouTube menjelaskan penggunaan emoji ‘haha’ boleh menjadi haram.

Ahmadullah memberi penerangan tentang perkara itu menerusi sebuah klip video pendek di Facebook yang disiarkan 19 Jun lalu.

 

Kredit foto: india Today

 

 

“Hari ini kita sering menggunakan emoji ‘haha’ dalam Facebook untuk mentertawakan orang lain. Sekiranya emoji itu hanya bertujuan suka-suka dan memang itu adalah niat individu yang menyiarkannya tidak mengapa.

“Namun, sekiranya reaksi itu berniat mengejek atau mempersendakan orang lain dengan menulis komen terhadap individu yang menyiarkan hantaran itu, ia adalah dilarang dalam Islam,” jelasnya.

Menurut Ahmadullah, beliau menyeru orang ramai supaya menahan diri daripada meletakkan emoji ‘haha’ pada hantaran media sosial orang lain bagi kebaikan bersama.

“Sekiranya anda menyakiti orang Islam yang lain, berkemungkinan dia akan memberi respons dengan bahasa yang buruk dan tidak dijangka,” katanya.

Sumber: Utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Guna Emoji ‘Haha’ Boleh Jatuh Hukum Haram?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*