Tampil Bertudung Serba Merah Jambu, Ramai Terpaku Dengan Penampilan Fazura

 

 

Seperti kita tahu, Hidayah merupakan milik Allah S.W.T.

Bagi pelakon Nur Fazura, keputusannya untuk memakai hijab merupakan keputusan peribadinya sendiri tanpa perlu membuat sebarang pengumuman kepada peminat atau pihak media.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memakai hijab bersama busana serba berwarna merah jambu.

Penampilannya itu turut dipuji oleh pengikutnya di laman Instagram dan kebanyakan mereka berasa ‘cair’ melihat imej baharu isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Sebelum ini, Fazura sering tampil memakai tudung selempang biasa bagi menutup kepalanya dan kini beliau kelihatan sudah 100% memakai hijab.

Semoga perubahan yang dilakukan oleh Fazura ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Sumber foto: Instagram Nur Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Tampil Bertudung Serba Merah Jambu, Ramai Terpaku Dengan Penampilan Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*