Beli Mainan Kaktus Bercakap, Reaksi Anak Tarik Perhatian Netizen

 

Jika anda seorang pengguna tegar media sosial, pastinya anda cukup tahu dengan trend terkini yang dikongsikan. Macam mainan kaktus berjoget ini yang menjadi antara mainan viral baru-baru ini dan hangat diperkatakan.

Baru-baru ini pula, wanita ini berkongsikan reaksi anaknya sebaik saja diberikan mainan kaktus itu. Namun lain pula yang berlaku pada kanak-kanak itu yang terkejut dengan hadiah yang tidak disangka ini.

@najiiiiiiha

hadiah birthday bertukar tragedi 🤣#fypシ #baby

♬ original sound – n

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat seorang kanak-kanak kecil sedang bermain dengan mainan kaktus itu. Menurut pemilik video, mainan itu dihadiahkan kepada anaknya sebagai hadiah hari jadinya.

Walaupun pada awalnya kanak-kanak itu kelihatan gembira bermain dengannya, dia kemudian mula menunjukkan reaksi terkejut.

kanak-kanak

Bukan itu saja, kanak-kanak itu mula menangis sebaik saja mendengar mainan kaktus itu bercakap dan menari dengan tiba-tiba. Dia juga kelihatan terkejut apabila mainan kaktus itu meniru setiap bunyi yang dikatakannya itu.

Video reaksinya itu tular dikongsikan dengan hampir lima juta tontonan setakat ini. Malah netizen turut sama terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu yang tidak menyangka dengan kejutan yang diberikan.

 

“Bayangkan tiba-tiba bila malam dia bunyi sendiri.”

mainan kaktus

 

“Awal-awal okay. Last-last macam tak boleh lari…”

mainan

 

“Lagi budak tu takut…”

komen

 

“Kesian tapi lawak.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : himpunanceritalawak

Be the first to comment on "Beli Mainan Kaktus Bercakap, Reaksi Anak Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*