Juruvideo Sebak Tengok Rakamannya Tentang Pengebumian Jenazah Mangsa Covid

 

 

PENINGKATAN jumlah kes kem4tian akibat c0v1d-19 di negara ini ternyata meresahkan kita semua.

Terbaharu, seorang juruvideo tampil berkongsi rakaman dron suasana pengebumian jen4zah c0v1d-19 menerusi Instagram miliknya sehingga meraih lebih 13,000 tontonan.

Menurut Muhammad Hafizuddin Che Hamid, 30, ia dirakam di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor pada Khamis lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafiz mendedahkan jen4zah itu merupakan ahli keluarga kepada kenalannya yang men1ngg4l dunia akibat w4b4k berkenaan pada hari sama.

“Ini merupakan kali pertama saya buat rakaman kem4tian c0v1d-19. Saya dapat panggilan pukul 1 tengah hari pada Khamis dan pergi ke kubvr sekitar 3 petang.

Video dikongsi Hafiz turut lebih hampir 13,000 tontonan di Instagram.

 

“Dapat tahu pun pada saat-saat akhir, namun mujurlah saya tengah berkelapangan. Saya hanya rakam proses pengebvmian jen4zah ahli keluarga rakan saya atas permintaan mereka.

“Tetapi ketika buat rakaman, saya dimaklumkan ada tiga lagi jen4zah pes4kit c0v1d-19 yang lain dikebvmikan pada petang itu,” ujarnya.

 

Menurut Hafiz, rakaman itu dibuat sekitar 30 minit dan proses suntingan turut dilakukan pada hari sama sebelum ia diserahkan kepada keluarga allahy4rh4m.

Malah katanya, dia turut meminta kebenaran mereka untuk berkongsi video sama ke laman sosial bagi menyampaikan mesej mengenai c0v1d-19 kepada masyarakat.

 

Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ autom4tik datang perasaan seb4k.

HAFIZ

 

“Ketika rakaman, saya boleh nampak kesungguhan frontliners bekerja. Pada masa sama, turut berduk4cita kepada keluarga terlibat.

“Balik terus saya buat suntingan dan serahkan video kepada keluarga arw4h. Saya juga minta kebenaran mereka untuk kongsi video itu.

“Bagi saya, dengan peningkatan k3s dalam beberapa hari ini, saya berharap masyarakat dapat mesej untuk lebih beringat dan patuh prosedur operasi standard (SOP).

“c0v1d-19 memang wujud. Kepada yang tak percaya, mungkin bila dah kena suatu hari nanti baru akan sedar betapa bahayanya w4b4k ini,” ujarnya.

 

Hafiz membuat rakaman dalam tempoh singkat.

 

Menurut Hafiz yang juga seorang ejen takaful, dia sendiri turut seb4k dalam proses penghasilan video itu dan menzahirkan rasa simpatinya buat keluarga m4ngs4 c0v1d-19 yang sudah men1ngg4l dunia.

Malah katanya, ia ternyata berbeza dengan tugasnya sebelum ini yang banyak menghasilkan video bagi acara perkahwinan.

“Sebelum ini saya pernah juga hasilkan video berkaitan kem4tian sebab saya terlibat dalam Pertubuhan Sentuhan Setia kasih Fardhu Kifayah.

“Melalui pertubuhan ini, kita uruskan jen4zah yang tak dituntut atau uruskan jen4zah bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Hafiz turut seb4k menonton rakaman yang dihasilkan itu.

 

“Tapi Khamis lalu saya pertama kali hasilkan video untuk jen4zah c0v1d-19. Memang berbeza dengan video perkahwinan yang banyak saya hasilkan sebelum ini.

“Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ autom4tik datang perasaan seb4k.

“Tak boleh nak bayangkan kalau kena kepada keluarga sendiri,” ujarnya lagi.

Selain bekerja sebagai ejen takaful dan juruvideo sambilan, Hafiz juga terlibat dengan bisnes katering sejak tahun lalu.

<

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Juruvideo Sebak Tengok Rakamannya Tentang Pengebumian Jenazah Mangsa Covid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*