Nadia Brian Tak Tolak Kemungkinan Untuk Berkahwin Lagi

Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian ada memuat naik beberapa keping gambar bersama Zizan Razak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mahu mereka bercinta.

Bagaimanapun, Nadia berkata dia selesa berkawan dengan Zizan memandangkan mereka sudah lama kenal sejak tahun 2016 lagi.

“Zizan adalah seorang kawan yang baik, dia juga ada mesej tanya khabar… dia kenal keluarga dan nenek saya.

“Tapi dia memang sangat kelak4r. Tapi kalau cakap soal jodoh tu, buat masa ini saya nak fokus kepada keluarga dan kerja dulu,” katanya.

 

Ditanya adakah dia travma untuk berkahwin lagi selepas ini, Nadia berkata dia tidak men0lak malah mahu menimang cahaya mata sendiri.

“Saya suka baby, saya buka budak-budak. Saya tak ada hadkan umur, kalau ada jodoh doakan yang baik-baik, nak ada baby yang comel-comel!” katanya.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercera1 tal4k satu pada 2 April lalu.

 

Sumber: rotikaya

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : klmenjeritvideo

Be the first to comment on "Nadia Brian Tak Tolak Kemungkinan Untuk Berkahwin Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*