[VIDEO] Pasangan drive-thru McD naik kuda, “Jimat minyak…”

Kebanyakan pasangan pasti mempunyai cara tersendiri dan aktiviti tertentu yang mereka gemar lakukan apabila keluar dating. 

Sama ada makan di kafe-kafe hipster, melakukan aktiviti lasak seperti berkayak atau berbasikal, menghadiri konsert, berkelah di tepi tasik, bermain video game atau menonton filem, melakukan aktiviti kegemaran bersama pasangan tentunya dapat mengeratkan hubungan.

Sebuah pasangan dari Indonesia ini contohnya baru-baru ini telah mencvri tumpuan ramai apabila kedua mereka dilihat berdating dengan menikmati aiskrim dari pandu lalu McD.

Namun apa yang menariknya adalah daripada menaiki kereta untuk drive-thru di restoran berkenaan, pasangan itu datang menaiki kuda.

Video yang dikongsikan di TikTok oleh pengguna atas nama Rehan Mubarak itu menunjukkan seorang gadis menaiki kuda di jalan raya sambil dirakam teman lelakinya yang turut menaiki kudanya sendiri sebelum mereka menuju ke drive-thru McD.

Mereka kemudian membeli dua aiskrim dan menikmati pencuci mulut berkenaan sambil menunggang di bawah cuaca panas terik itu.

Dalam video lain pula, pasangan tersebut dilihat menaiki kuda mereka untuk mengunjungi sebuah mall untuk membeli belah.

@rehan.mubarak

🐎Ambarukmo Plaza w/ @daraarafah24

♬ original sound – rehan mubarak

Walaupun aktiviti yang dilakukan pasangan itu adalah aktiviti biasa dilakukan pasangan lain apabila keluar dating, ternyata mereka mempunyai cara yang vnik dalam berkongsikan perkara kegemaran mereka.

“Siap photographer…”

“kereta ada aircond…”

“Jimat minyak…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Pasangan drive-thru McD naik kuda, “Jimat minyak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*