Dirakam ketika bancuh air, netizen terpesona lihat wajah kacak ‘aney’ kedai mamak

Selalunya, kedai mamak merupakan tempat utama kaum lelaki melepak bersama kawan-kawan. Bukan setakat kedai beroperasi 24 jam sahaja, tetapi terdapat perkhidmatan ‘Wi-Fi’ secara percuma serta pelbagai pilihan makanan disediakan.

Malah, para pekerja di restoran juga kebanyakannya jenis mesra pelanggan khususnya terhadap pelanggan tetap. Tak perlu cakap banyak ketika ‘order’, makanan terus dihidang dalam masa beberapa minit sahaja. Hebat, kan?

Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi satu video di aplikasi TikTok di mana dia merakam secara senyap-senyap kelibat seorang pekerja di kedai mamak yang dikunjunginya.

Menerusi video tersebut, lelaki bertopi hitam terbabit dilihat sedang sibvk bekerja membancuh air minuman sementara bercakap dengan rakan sekerja lain.

Namun, apa yang menarik perhatian perakam dan juga penonton video berkenaan adalah rupa parasnya yang dikatakan sangat kacak.

@irfahane

uishh tergugat iman✊🏻 ##fypシ ##fypmalaysia ##xyzbca

♬ original sound – Heer Naik 💎

“Uishh tergugat iman,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpesona dengan ketampanan jejaka itu. Malah, ramai yang bertanyakan lokasi kedai mamak tersebut. Iyalah, mana tahu boleh singgah untuk jamu mata, kan?

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Dirakam ketika bancuh air, netizen terpesona lihat wajah kacak ‘aney’ kedai mamak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*