“By Your Side”- Spekulasi Terjawab, Engku Emran Akhirnya Beri Hint Dating Noor Nabila

Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kenc4ng.

Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.

Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran.

Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan.

Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.

Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:-

“Choppy until you came along”

Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup.

Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka.

Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Namun perkahwinan itu ber4khir pada Julai 2020.

Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan ber4khir dengan percer4ian.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "“By Your Side”- Spekulasi Terjawab, Engku Emran Akhirnya Beri Hint Dating Noor Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*