“Kita Takkan Marah Rider” Nad Zainal Berang Makanan Dipesan ‘Online’ Rosak, Mahu Restoran Lebih Peka

 

 

Pernah dengar tak orang cakap,

“Don’t mess with hungry people”?

Haa itu lah yang berlaku terhadap pelakon terkenal Nad Zainal, di mana baru-baru ini beliau telah memuat naik beberapa video di IG stories miliknya yang meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap servis sebuah restoran makanan terkenal di Malaysia.

Menurut video yang dimuat naik itu, Nad telah membuat pesanan makanan secara online dan telah di hantar oleh seorang rider ke rumahnya.

Namun apabila menerima bungkusan makanan tersebut, pelakon itu berang kerana air yang diterima tumpah dan penyek, lalu terkena makanan yang turut dipesan sehingga menyebabkan makanan itu sudah tidak boleh untuk disantap.

Tidak mahu menyalahkan rider, Nad berkata sepatutnya restoran makanan berkenaan membungkus makanan dan minuman tersebut dengan baik.

“Branch dah banyak, rasanya lagi kaya dari restoran lain, takkan lah nak seal air pun tak reti. Agak-agaklah, nak makan macam mana, dah masuk dalam ayam ni semua. Come on”

“Kedai runcit, kedai makan tomyam tepi jalan pun pandai seal air. Kesian lah rider dia bawa motor, tak boleh nak fikir, takkan dia nak bawa motor tu 20km sejam. Tolonglah fikir jugak”

Mengulas lanjut Nad turut berpesan kepada restoran berkenaan supaya lebih jujur dan teliti ketika berniaga.

“Walaupun tak nampak muka customer, time MCO ni tak boleh pergi kedai, jangan ingat customer boleh cekik je makanan tu. Eh jangan macam tu sebab kita bayar, bayar exact amount yang sama”

“Kita takkan marah rider sebab kita tahu takkan dia nak bawak motor tu macam unta, baik dia naik unta”

Dalam pada itu, ada juga warganet memberikan respon lucu yang mengaitkan situasi itu dengan drama Takdir Yang Tertulis yang sedang hangat ditayangkan di saluran TV3.

Aduhai sempat lagi netizen ni eh.

Harap Nad dan pihak pengurusan restoran berkenaan dapat selesaikan dengan baik mengenai isu ini.

Bab makan tak boleh bawak main tau!

 

Sumber : Instagram Nad Zainal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "“Kita Takkan Marah Rider” Nad Zainal Berang Makanan Dipesan ‘Online’ Rosak, Mahu Restoran Lebih Peka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*