Ramai Pelik Kenapa Lantai Masjidil Har4m Sejuk Walaupun Suhu Pan4s, Pak4r Jelaskan Sebabnya

Jika pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, adan mungkin mendapati tapak kaki berasa sejuk sebaik sahaja melangkah masuk ke Masjidil Har4m dan di sekitar Kaabah di sini.

Mungkin anda tertanya-tanya kehairanan, di tengah-tengah cuaca panas terik di Arab Saudi, mengapa agaknya lantai marmar di Masjidil Har4m dan sekitar kiblat umat Islam pula masih lagi terasa sejuk?

Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci memberitahu portal berita tempatan Al Arabiya bahawa sebab utama bagi hal aneh tersebut ialah jenis marmar yang digunakan sebagai permukaan lantai itu sendiri.

Menurut pejabat berkenaan, pihak berkuas Arab Saudi sanggup mengimport lantai marmar jenis jubin Thassos yang jarang didapati di mana-mana tempat dan hanya boleh diperoleh dari Greece.

Marmar Thassos itu sebenarnya dapat memancarkan kembali cahaya matahari terik dan mengelak haba meresap semula ke dalam lantai marmar pada sebelah siang jika suhu panas.

Ada sesetengah pihak mendakwa lantai terasa sejuk kerana konon paip dengan air sejuk dipasang di sebalik lantai marmar, namun d4kwaan itu ditolak oleh pihak berkuasa, menurut Al Arabiya

15,000 orang jemaah umrah selepas tujuh bulan

Terdahlu Arab Saudi  telah membenarkan umat Islam mengerjakan solat buat pertama kali dalam tempoh tujuh bulan di Masjidil Haram, Mekah dan menambahkan bilangan jemaah umrah kepada 15,000 orang susulan pelonggaran peraturan yang dikenakan ketika wab4k koran4virus (C0vid-19) melanda negara itu.

Rakyat dan penduduk di negara beraja itu yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam masjid tersebut dengan tidak mengabaikan langkah berjaga-jaga menangani C0vid-19.

“Semua penduduk dibenarkan bersolat subuh di Masjidil Har4m di ibu kota Mekah hari ini (semalam) ketika pihak berkuasa memulakan fasa kedua penyambungan umrah secara beransur-ansur,” lapor Saudi Press Agency.

Pada awal bulan Ocotber tahun lepas, Arab Saudi membenarkan kira-kira 6,000 warga dan penduduk di negara itu mengerjakan ibadat umrah pada setiap hari selepas ia tidak dibenarkan pada bulan Mac lalu ekoran pand3mik C0vid-19.

Berdasarkan fasa kedua yang bermula semalam, bilangan jemaah umrah ditingkatkan kepada 15,000 setiap hari.

Kira-kira 40,000 umat Islam iaitu jumlah maksimum penganut agama Islam termasuk jemaah umrah dibenarkan untuk bersolat di masjid tersebut.

Berdasarkan fasa ketiga yang akan bermula pada 1 November ini, umat Islam dari luar Arab Saudi akan dibenarkan melakukan ibadat umrah.

Had limit jumlah jemaah umrah kemudian akan dipertingkatkan kepada 20,000 orang dengan jumlah keseluruhan yang dibenarkan adalah sehingga 60,000 pada satu-satu masa.

Fasa ketiga untuk jemaah umrah warga asing

Menurut media kerajaan, pelbagai langkah keselamatan dilaksanakan ketika ibadat itu dibenarkan ketika C0vid-19 masih melanda negara tersebut.

Bagaimanapun, batu hitam pada Kaabah yang dikenali sebagai Hajarul Aswad tidak dibenarkan disentuh jemaah umrah.

Beberapa warga dan penduduk Arab Saudi mengerjakan solat subuh di Masjidil Haram, Makkah pada 18 Oktober lalu. – Foto AFP

Masjidil Haram pula perlu dibersihkan daripada kum4n sebelum dan selepas setiap kumpulan jemaah umrah mengerjakan umrah.

Alat pengimbas suhu badan juga dipasang bagi mengukur suhu para jemaah, kata pihak berkuasa Makkah.

Arab Saudi merekodkan lebih 342,000 kes C0vid-19 dan 5,185 kem4tian sejak pand3mik C0vid-19 bermula pada tahun di Wuhan, China.

Pada lewat Julai lalu, Arab Saudi membenarkan sehingga 10,000 umat Islam di negara itu mengerjakan ibadat haji yang merupakan jumlah terkecil berbanding 2.5 juta umat Islam pada tahun lalu berikutan pand3mik C0vid-19.

Pada kebiasaannya, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan ibadat umrah pada setiap tahun.

Pihak berkuasa berkata, selepas pandemik Cov1d-19 berakhir, umat Islam dibenarkan untuk mengerjakan ibadat tersebut dalam jumlah yang ramai. – AFP

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Ramai Pelik Kenapa Lantai Masjidil Har4m Sejuk Walaupun Suhu Pan4s, Pak4r Jelaskan Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*