Cara Memohon Program Bakul Makanan RM100

BARU-BARU ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion.

 

Matlamat utamanya adalah membantu kelangsungan hidup rakyat bagi menempuh pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

 

Salah satu inisiatif PERMAI adalah Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Antara objektif pemberian bantuan Program Bakul Makanan RM100;
  • Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
  • Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.

Jadi korang yang ingin memohon Program Bakul Makanan ini, boleh ikuti cara memohon seperti berikut;

1. Permohonan perlu dipohon sendiri kepada JKM oleh ketua keluarga atau wakil daripada keluarga dengan menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Mengisi borang secara online.

 

Ikuti langkah di bawah sekiranya memilih untuk memohon secara online.

1. Masuk ke laman sesawang rasmi JKM, jkm.gov.my boleh dibuka pada telefon pintar anda ataupun boleh terus klik pada pautan yang disediakan

3. Borang tersebut perlulah diisi dengan memasukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan setelah mendapatkan borang tersebut.

4. Kemudian, borang tersebut perlu dihantar kepada e-mel ibu pejabat JKM (Di sini).

5. Permohonan korang akan mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diproses JKM.

 

Namun untuk mendapatkan info dan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan program bantuan bakul makanan ini boleh hubungi pejabat cawangan JKM di negeri masing-masing;

  • JKM Selangor – 03-5545 8570
  • JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL – 03–26124060
  • JKM Johor – 07-2281450
  • KM Melaka – 06-2324670
  • JKM Negeri Sembilan – 06-7659332
  • JKM Perak – 05-2545505
  • JKM Pulai Pinang Penang – 04-6505257
  • JKM Kedah – 04-7001700
  • JKM Perlis – 04–9731926
  • JKM Pahang – 09–5650226
  • JKM Terengganu – 09–6301193
  • JKM Kelantan – 09–7416925
  • JKM Sabah – 099 234 202
  • JKM Sarawak – 099 234 202
  • JKM Wilayah Persekutuan Labuan – 087-424 961

Diharapkan perkongsian mengenai cara mohon bakul makanan JKM ini dapat memanfaatkan dan memudahkan urusan anda semua.

Semoga bermanfaat!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :Sinar Harian

 

Be the first to comment on "Cara Memohon Program Bakul Makanan RM100"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*