[VIDEO] Enggan Susahkan Anak, Warga Emas Pilih Tinggal Di Surau Hampir 3 Tahun

Di sebalik kesusahan kita, sebenarnya ada insan yang lebih menderita. Susulan pelaksanaan semula PKP di beberapa buah negeri, ramai yang kehilangan sumber pendapatan mereka untuk mencari sesuap nasi. Paling menyayat hati apabila golongan tersebut juga tidak mempunyai sebarang tempat tinggal untuk berteduh atau keluarga untuk berkasih sayang.

Menerusi perkongsian video di TikTok, pengacara Hazeman Huzir dan juga rakan-rakannya telah pun menerima satu laporan mengenai seorang warga emas gelandangan. Difahamkan pak cik tersebut tinggal di surau kawasan Shah Alam itu hampir 3 tahun. Bagi meneruskan hidup setiap hari, lelaki berusia berkenaan sebelum ini menjual dadih di sekitar lokasi itu.

Walau bagaimanapun, pak cik tersebut buntu apabila dia tidak dapat terus berniaga disebabkan penguatkuasaan PKP tahun ini. Malah, warga emas berkenaan juga mengalami masalah kesihatan di bahagian kaki menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan lama.

Disebabkan ketiadaan tempat tinggal untuk menetap, pakcik itu memilih untuk terus tinggal di surau kawasan berkenaan sepanjang musim PKP ini. Lebih mengharukan, warga emas tersebut juga enggan menyusahkan anak-anak dengan keadaannya sedemikian. Kini, Hazeman dan rakan-rakannya sedang mencari jalan untuk membantunya.

Sumber: Instagram & TikTok Hazeman Huzir 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Enggan Susahkan Anak, Warga Emas Pilih Tinggal Di Surau Hampir 3 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*