Trend Mudahkan Kahwin Bagus, Tapi Mampu Tak Galas Tanggungjawab Suami & Isteri?

 

 

Jika PKP tahun lepas ramai yang panic buying, tapi berbeza pula dengan PKP tahun ini apabila ramai pula yang panik untuk berkahwin. Malah sebelum mula dilaksanakan, meriah media sosial dengan pelbagai gambar serta video orang berkahwin last minute. Rata-rata mereka terdiri daripada golongan muda remaja, malah ada yang masih di bangku sekolah lagi.

 

Ramai yang nak ikut trend tapi layak ke? Alam bercinta dengan selepas kahwin tak sama

 

Menerusi perkongsian Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir di Twitter, pemuda ini mengakui bahawa trend tersebut sangat bagus kerana mengutamakan soal wajib saja. Akan tetapi, yang menjadi kerisauannya adalah mampukah mereka menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri kelak? Hal ini kerana statistik ‘kahwin muda’ yang runtuh dalam tempoh kurang 5 tahun amatlah membimbangkan gara-gara melibatkan lebih 150 ribu suami isteri. Lazimnya, ia terjadi gara-gara ramai yang tidak bersedia memikul tanggungjawab selepas berkahwin.

 

 

Kalau tak boleh nak jaga diri sendiri…better baiki sebelum nak berumah tangga

Pemuda yang mesra dengan panggilan Addien ini menekankan aspek persiapkan diri terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Hal ini kerana kalau makan dan pakaian pun masih dalam tanggungan orang lain, bagaimana pula kita hendak menjaga hubungan tersebut kelak?

 

 

 

Sumber : Twitter @AdDien90

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/trend-mudahkan-kahwin-bagus/

Be the first to comment on "Trend Mudahkan Kahwin Bagus, Tapi Mampu Tak Galas Tanggungjawab Suami & Isteri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*