“Mungkin Sebab Saya Bukan Artis Gred A” – Natasha Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf

 

Natasha Hudson menuntut duo pereka fesyen, Rizman Ruzaini tampil memohon maaf terhadap pengasas produk Crystal C White, Nor Shahlina Abu susulan kenyataan mereka, baru-baru ini.

Menurut Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 39, sebagai pereka fesyen Rizman Ruzaini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menggores hati pelanggan yang telah membeli baju rekaan mereka.

 

 

 

“Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu, saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.

“Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi, dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.

“Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya? Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli,” katanya kepada mStar.

 

Kredit foto: IG RR

 

 

Menurut pelakon filem Chermin itu dia agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.

 

“Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.

“Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.

“Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita google busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.

“Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati,” katanya.

 

Sementara itu, Natasha mengakui kekhilafannya apabila menggayakan busana yang dilihat tidak sopan diperagakan oleh seorang yang membawa imej bertudung.

Pelakon itu juga menafikan ia adalah gimik agar namanya diperkatakan susulan pelantikannya sebagai duta produk tersebut.

 

“Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing-masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.

“Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah, harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk yang saya wakili,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : CARI

Be the first to comment on "“Mungkin Sebab Saya Bukan Artis Gred A” – Natasha Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*