Bapa Tersilap Hantar Mesej Ke ‘Group’ Whatsapp Keluarga. Isterinya Cemburu Dengan Mesej Yang Dihantar

 

Pada zaman kini, boleh dikatakan bahawa setiap orang telah mempunyai dan menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian sebagai alat komunikasi penting. Aplikasi Whatsapp juga telah diguna pakai bagi memudahkan komunikasi dua kala tidak kiralah sama ada dalam bentuk pesanan mesej, bersuara mahupun melalui video.

Walaupun begitu, sebagai manusia kita pasti akan melakukan kesilapan ketika menggunakan teknologi-teknologi ini.

Tidak terkecuali dengan sebuah posting ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @y4kuult dimana terdapat bapa kepada seorang gadis yang tersilap menghantar mesej. Menerusi posting itu, gadis tersebut telah memaparkan sebuah perbualan ahli keluarganya di dalam Whatsapp group family.

— nisha.🧸 (@y4kuult) January 5, 2021

 

“Yang you pakai sekarang and the new one?”,

 

Tanya bapa gadis itu dalam Whatsapp group family mereka. Rupa-rupanya mesej tersebut hendak di hantar kepada staff namun lain pula yang jadi apabila dirinya tersilap orang ketika menghantar. Perkara lebih melucukan apabila mesej tersebut jadi tanda tanya buat ibu gadis berkenaan.

 

Apasal panggil staff yang?”, tanya isterinya.

 

45F560F9-E95C-494C-AB4A-F8ACA46B946379FD156D-FB7E-47D1-8EAA-084A2900B123A15B90FB-8292-4E10-A547-160F5A454C95

Setelah dijelaskan, perkataan ‘yang’ itu bukanlah kata panggilan seperti yang disangka namun itu hanyalah sebaris ayat pertanyaan. Akhirnya, perbulanan tersebut telah menjadi gurauan anak-beranak ini sehingga meraih perhatian ramai warganet. Posting itu telah mendapat sebanyak 19 ribu tanda suka setelah dimuat naik pada petang kelmarin.

 Reaksi warganet

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Bapa Tersilap Hantar Mesej Ke ‘Group’ Whatsapp Keluarga. Isterinya Cemburu Dengan Mesej Yang Dihantar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*