Ditudvh Tak Nak Bantu M4ngsa B4njir, Ini Tindakan Tok Ti

 

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa sedih dan bimbang susulan bencana banjir yang sedang melanda kampung halamannya di Pahang.

Menerusi satu perkongsian, Siti mendoakan agar masyarakat di Pahang sabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut serta segala bantuan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

 

Bagaimanapun, timbul perkara tak sedap didengar apabila ada netizen menuduh penyanyi itu yang tidak menghulurkan bantuan meskipun banjir melanda kampung halamannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tidak hanya berdiam diri, Siti dilihat ada memuat naik satu perkongsian gambar bantuan dari Kuala Lumpur untuk dibawa ke Pahang untuk diedarkan kepada mangsa banjir.

 

 

Dalam entri itu, Siti turut menjelaskan bukan dia tidak mahu turun ke Pahang namun tidak dapat berbuat demikian berikutan keadaannya kini yang sarat hamil.

 

“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.

“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana,” katanya.

 

Terdahulu, Siti meluahkan rasa sedih apabila sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis ditenggelami banjir hingga paras bumbung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Ditudvh Tak Nak Bantu M4ngsa B4njir, Ini Tindakan Tok Ti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*