[VIDEO] Terp4ku Tak Kedip Mata, Tatapan Anak Aliff Aziz Buat Ramai ‘Melt1ng’

Umum tahu penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mendirikan rumah tangga bersama Bella Astillah pada tahun 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Namun apakan daya, rumah tangga mereka pernah diuji di pertengahan jalan selain terpaksa berp1sah buat seketika akibat pandem1k C0vid-19.

Selepas sembilan bulan tinggal bersama keluarga di Singapura, akhirnya penyanyi berusia 30 tahun itu kembali pulang ke pangkuan isteri tercinta serta anak-anak kesayangan di Malaysia.

Kelmarin, Aliff memuat naik video di laman sosial Instagram miliknya memaparkan dirinya sedang menyanyi sebuah lagu yang dikhaskan buat anak perempuan Ara.

Dalam video itu, reaksi Ara menjadi perhatian warganet apabila dia dilihat hanya menatap wajah bapanya, tersenyum dan hanya mengedipkan mata buat beberapa ketika.

Mungkin dia terpaku mendengar kemerduan suara atau terpegun akan sos0k bapanya di depan mata memandangkan mereka tidak pernah berjumpa sejak Ara dilah1rkan sehinggalah baru-baru ini.

Tambahan lagi, dia nampak tenang saat mendengar bapanya menyanyikan lagu nyanyian Dewi Perss1k berjudul ‘Indah Pada Waktunya’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat gelagat si kecil comel itu. Ada juga yang meluahkan perasaan seb4k sewaktu menonton video tersebut.

Alahai.. Comelnya puteri kesayangan Aliff Aziz dan Bella Astillah ini. Semoga hubungan mereka sekeluarga bertambah rapat dan bahagia selalu.

Sumber: Instagram Aliff Aziz

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 (@iamaliffaziz)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : PENMERAH

Be the first to comment on "[VIDEO] Terp4ku Tak Kedip Mata, Tatapan Anak Aliff Aziz Buat Ramai ‘Melt1ng’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*