Sekolah Tok Ti Ditenggelami Air

 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza sedih apabila sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis, Pahang ditenggelami banjir hingga paras bumbung.

Siti menerusi Instagram memuat naik gambar bangunan menempatkan kelasnya dulu kini hanya kelihatan bahagian bumbung saja akibat ditenggelami banjir. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah!” katanya.

 

Siti turut bersedih kerana dia tidak dapat ke sana untuk memberi bantuan kerana sedang hamil.

 

“Dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir. Namun, saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir,” tulisnya. 

 

Selain menjadi tempat di mana Siti menuntut ilmu, sekolah yang berusia lebih 100 tahun itu juga pernah menjadi lokasi acara ulang tahun kelab peminatnya, Sitizone pada 2017. 

Pada ketika itu, Sitizone menyambut ulang tahun ke-13 bertemakan ‘Moh Balik Lepih’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :  HMetro

Be the first to comment on "Sekolah Tok Ti Ditenggelami Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*