Isteri Rody Kristal Kini Berhijab, Minta Tudung Dari Adik-Beradik

 

TAMPIL dengan imej berhijab sejak minggu lalu, isteri kepada vokalis kumpulan Kristal, Rody iaitu Nur Izwani Azman berkata dia enggan melakukan pemb4ziran dalam mencari identiti baharunya itu.

Justeru itu, Izwani atau lebih dikenali Niena berkata dia hanya menggayakan tudung pemberian adik-beradiknya dalam proses membiasakan diri dengan imej tersebut.

 

“Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung… pertama sekali tanya dia orang sebab nak minta semua tudung yang dia orang tak guna.

“Kita elakkan pemb4ziran, sekarang tudung boleh tahan harganya, bila kita dapat cari identiti yang sesuai barulah kita shopping. Tak gitu Rody?

“A pretty face gets old, a nice body will change but a good heart will always remain #masihmencari,” tulisnya di laman Instagram.

 

Menerusi Instagram, Rody meluahkan rasa syukur dengan penampilan baharu isterinya itu baru-baru ini.

 

“Alhamdulillah… moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok,” katanya sambil berkongsi foto terkini bersama keluarga.

 

Perkongsian mereka itu menerima pujian dan disambut baik oleh peminat yang mendoakan supaya Niena terus istiqamah dengan penampilan menutup aVrat itu.

Perkongsian Niena di Instagram terima pujian ramai pengikut.

 

“Alhamdulillah… segala puji bagi Allah! Cantik berseri lepas bertudung, semoga terus istiqamah ya sis.

“Terbaik, semoga boleh menjadi d4kwah untuk kawan-kawan Niena yang lain… nampak manis bila bertudung!” komen pengikut.

 

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Isteri Rody Kristal Kini Berhijab, Minta Tudung Dari Adik-Beradik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*