Netizen Tegur Busana MV Baru Ayda Jebat

Dalam pada sibuk menguruskan hal berkaitan perkahwinan yang bakal berlangsung pada tahun depan, Ayda Jebat kini juga dilihat sedang ligat mempromosi muzik video bagi lagu terbaru bertajuk ‘P4rah’.

Namun apa yang tak bestnya, selepas memuat naik teaser muzik video (MV) tersebut di Instagram, ia menerima kritikan netizen yang mengatakan busana tunang kepada Nabil Mahir serta talent yang terlibat dalam MV tersebut kelihatan sangat s3ksi dan tak sesuai buat tatapan ramai. 

 

Lagu Parah ini dah pun launch minggu lepas dan MVnya akan dilancarkan tak lama lagi. Berikut antara video pendek yang dimuat naik Ayda Jebat berkaitan muzik videonya yang bertemakan ‘The Goddess’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

 

“Nampak ketiak, perot, peha… parah betol” 

 

Seakan-akan memerli Ayda, rata-rata netizen menyamakan pakaian artis terbabit tersangatlah ‘parah’ sama seperti judul lagu barunya itu.

Malah ada juga yang menegur, gaya video tersebut diambil dari bawah ke atas sangatlah tidak sesuai kerana ia memperlihat beberapa bahagian wanita yang tidak sepatutnya.

 

Apa-apapun ramai juga di kalangan netizen yang mendoakan semoga Ayda mendapat hidayah dan tidak memakai pakaian s3ksi lagi seperti dalam MV tersebut.

Harap-harap MV Parah ni taklah se’parah’ teaser yang kita tengok ni. 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Netizen Tegur Busana MV Baru Ayda Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*