Ali Luah Rindu Pada Ibu Dan Abam, Tapi Netizen Perasan Benda Lain

 

Menerusi satu perkongsian terbar di Instagram, pelawak Ali Puteh memuat naik foto serta meluahkan rasa rindu pada dua insan tersayang iaitu ibunya, Sabarah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Dalam entri tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital kerana belum lagi dibenarkan melawat.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh ye. Tak ade ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih.

“5 hari dah mak di hospital dan kami masih belum dibenarkan melawat mak…hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semlam kami semua bersama,” katanya.

Menurut Ali, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Namun, dia tetap percaya bahawa Allah menguji hambaNya tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

Terdahulu, Ali menerusi satu perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu.

Dalam pada itu, foto keluarga yang dimuat naik oleh Ali itu menimbulkan persoalan, adakah gambar Hidayah dikerat?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Rotkaya

Be the first to comment on "Ali Luah Rindu Pada Ibu Dan Abam, Tapi Netizen Perasan Benda Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*