Ibu Ded4h Ada Pihak Cuba ‘hack’ IG, Masih Simpan Bungkusan Terakhir Sandra Dianne

 

IBU kepada penyanyi Allahy4rham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah mended4hkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan cubaan mengg0dam Instagram (IG) arwah anaknya itu, baru-baru ini.

Kesal dengan tindakan tersebut, Syakinah memberi amaran keras dan meminta individu berkenaan tidak bersikap mementingkan diri dengan mengambil hak orang lain.

“Berkenaan IG arw4h, pihak waris dah dapat balik dah akaun IG arw4h, jangan ada sesiapa yang cuba-cuba nak h4ck akaun IG tu sebab waris akan dapat notifikasi jika ada individu yang tamak sangat nak ambil akaun IG arw4h.

“Mohon sedar diri and get a life! Arw4h berusaha kumpul pengikut daripada mula bertapak dan mencipta nama dalam dunia seni, lepas arw4h dah tiada barulah follower mencanak naik.

“Jangan bagi ketara sangat yang korang batak sangat dengan follower arw4h, usahalah kumpul sendiri, jangan tamak sangat hak orang lain, lagi-lagi orang dah tiada,” katanya menerusi laman Facebook.

Luahan ibu Sandra Dianne di Instagram.

Hasil carian di Instagram mendapati akaun Sandra Dianne Official itu masih aktif dan memiliki lebih 95,000 pengikut.

Dalam pada itu, Syakinah memberitahu dia tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika masih ada cubaan menggodam akaun anaknya itu lagi.

“Jangan lupa warisnya masih ada untuk lindungi semua milik arw4h dan jangan fikir teknologi yang ada sekarang ini tak boleh nak cari korang sampai lubang cacing.

“Korang buat sekali lagi, siap sedialah tunggu polis angkut depan rumah korang… terpaksa berkasar bahasa, sebab orang batak macam korang ni tak boleh bagi bahasa indah-indah,” ujarnya.

 

Mama ambil mama peluk erat-erat dan air mata mama deras mengalir dalam esak tangis yang tak mampu mama bendung.

NUR SYAKINAH ABDULLAH

IBU SANDRA DIANNE

Meskipun sudah genap tiga bulan pemergian anak tersayang, Syakinah berkata dia masih belum mampu melupakan kenangan indah bersama arw4h.

Syakinah turut mended4hkan dia masih lagi menyimpan bungkusan barangan yang diterima selepas seminggu kehilangan Sandra.

Kata Syakinah, dia tidak sanggup untuk membuka bungkusan tersebut dan mahu ia menjadi kenangan selama-lamanya.

Genap tiga bulan pemergian Sandra Dianne selepas terbabit kemal4ngan jalan raya.

“Kurier barang atas nama kakak… kisahnya, seminggu selepas kakak pergi, mama balik ke rumah kita, mama buka pintu je mama nampk bungkusan ni. Tengok-tengok rupanya milik kakak, mama tak pasti bila kakak buat pesanan barang ini.

“Mama ambil mama pelvk erat-erat dan air mata mama deras mengalir dalam esak tangis yang tak mampu mama bendung. Dalam esak tangis mama merintih… barang kakak sampai ni, tapi kakak dah tak ada.

“Maka sehingga hari ini, mama tak sanggup nak buka bungkusan ni, sengaja mama biar begitu… meski mama teringin sangat nak tau apa isi bungkusan ini. Tak apalah, biarlah ia kekal begitu,” katanya.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria men1nggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bert4rung ny4wa di unit raw4tan rapi (1CU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahy4rham Sandra terbabit dalam kemal4ngan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Ibu Ded4h Ada Pihak Cuba ‘hack’ IG, Masih Simpan Bungkusan Terakhir Sandra Dianne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*