Demi Rezeki, Sanggup Makan Berdiri Di Tepi Motor

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.

Terbaharu, netizen di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang  penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya.

“Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu.

Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.

Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa.

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu

Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya.

 

Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau.

Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Mstar, Twitter

 

Be the first to comment on "Demi Rezeki, Sanggup Makan Berdiri Di Tepi Motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*