Agong akhirnya bersetuju isytihar darurat. Ini kawasan yg terlibat

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

“Dengan pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak Covid-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19,” demikian menurut kenyataan Istana Negara hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan itu berkata, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa amatlah wajar PRK ini dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara,” katanya.

Beliau berkata perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengalaman daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia

Berikut puka reaksi dari netizan

PKPB di beberapa negeri mungkin ditamatkan

Dalam pada itu Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang mencatatkan kes Covid-19 rendah mungkin akan ditamatkan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyampaikan penilaian risiko kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat ini.

PKPB telah dikenakan di hampir semua negeri kecuali Pahang, Kelantan, Perlis, dan sebahagian besar kawasan di Sarawak. Ia dijangka tamat 6 Nov.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Agong akhirnya bersetuju isytihar darurat. Ini kawasan yg terlibat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*