Salman Khan Tanya Tukang Tilik Nasib Pasal Kahwin, Jawapannya Mengecewakan!

 

Aktor popular dari Bollywood Salman Khan masih menyandang status bujang pada usia 54 tahun. Sebelum ini dia pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang model berasal dari Romania, Lulia Vantur.

Salman sangat berahsia tentang kisah cintanya dan orang-orang yang dekat dengannya. Sebenarnya, dia tidak pernah secara terang-terangan menyebut Lulia sebagai pasangan walaupun dia tinggal bersama.

Pada usia lebih dari setengah abad, Salman masih tidak mahu berkahwin dengan alasannya dia tidak percayakan kepada perkahwinan. Dalam episod Bigg Boss 14 yang ditayangkan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2020, lalu, bekas kekasih Katrina Kaif ini akhirnya bercakap soal perkahwinan.

Dengan yakin, Salman meminta tukang tilik nasib, Pandhit Janardhan untuk meramal soal pernikahannya. Kehadiran Pandhit sebenarnya untuk meramalkan para peserta, tetapi Salman sebagai hos rancangan itu ingin tahu tentang kisah cintanya.

“Tidak adakah kemungkinan untuk saya (menikah)di masa depan ?,” tanya Salman seperti yang dipetik Hindustan Times.

“Tidak, sama sekali,” jawab Pandhit.

Mendengar ini, Salman hanya ketawa. Dia pernah mengatakan bahawa dia hanya ingin hidup bahagia dan meluangkan masa dengan orang tersayang tanpa berkahwin.

“Wah, semua peluang untuk menikah sudah berakhir sekarang,”- reaksi Salman yang seolah-olah sudah berputus asa.

Selain dari kehidupan cintanya, Salman Khan masih fokus pada kariernya sebagai bintang Bollywood. Selain sibuk sebagai hos rancangan Bigg Boss, Salman kini kembali meneruskan penggambaran filem Radhe, yang ditunda kerana v1irus korona (COVI`1D-19).

 

Sumber : murai.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

 

Be the first to comment on "Salman Khan Tanya Tukang Tilik Nasib Pasal Kahwin, Jawapannya Mengecewakan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*