“Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang”-Kes Covid Naik, Dr Maza mula suara kebimbangan

 

“Perlukah Semua Ke Sana, Sehingga Bah4ya Kita Di Sini?

“Sa-kit dan sembuh adalah takdir ALLAH. Namun, ALLAH menempatkan sebab musabab bagi kejadian-kejadian dalam kehidupan manusia. Mematuhi SOP adalah salah satu sebab musabab yang boleh mengelakkan COVID 19.

“Namun, jika hanya setengah yang patuh dan setengah lagi tidak, maka sebab musabab COVID 19 mere-bak akan terus berlaku ke semua peringkat dan kena kepada semua.
Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi s.aw. dan dipersetujui oleh sekelian manusia tanpa mengira agama. Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekelian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada.

“Pimpinan kerajaan yang menetap SOP, mereka amatlah wajar mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Demikian juga segala orang politik tanpa mengira parti yang selalu berbicara tentang kononnya ‘kepentingan rakyat’. Begitu ramai mereka yang ke sana berkempen dan pulang tanpa mematuhi SOP.
Hari ini semua kita bimbang. Semua mesyuarat yang kita hadiri, kita terpaksa bertanya, apakah anda telah mempunyai contact dengan menteri dan orang politik yang ke Sabah baru-baru ini? Lihatlah, betapa ramai kakitangan kerajaan terdedah kepada bahaya kerana politik orang lain.

“Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cac4tkah kempen tanpa mereka?
Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?!
Lebih ganjil lagi, ada orang politik yang di Semenanjung pun tidak begitu berfungsi dan berpengaruh, cuba membina pengaruh di Sabah? Ada yang dalam negeri sendiri atau kawasan sendiri selalu mengh-ilangkan diri, tiba-tiba muncul dan sibuk di Sabah.

“Jikalau itu masalah peribadi mereka dan parti mereka sahaja tidaklah mengapa. Namun, ia telah menjadi mas4lah rakyat dan mas4lah kita semua pekerja yang bekerja untuk negara!! Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang.

“Semoga ALLAH selamatkan negara ini”-DR MAZA

antara kempen oleh ahli politik di PRN Sabah

Dalam pada itu, Dr Asri juga menyeru untuk semua mendoakan kesejahteraan menteri agama yang didapati positif Covid

“Mari kita berdoa agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator DS Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri diberikan kesembuhan atau syifa oleh Allah dengan segera dari COVID 19.
اللَّهُمَّ رَبَّ النّاسِ، مُذْهِبَ الباسِ، اشْفِ أنْتَ الشّافِي، لا شافِيَ إلّا أنْتَ، شِفاءً لا يُغادِرُ سَقَمًا”

Disahkan positif Covid-19, menteri agama buat permohonan maaf

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zulkifli Mohamad, mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 sebentar tadi.

Membuat kenyataan itu di media sosial Zulkifli juga meminta memberitahu keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.

Pada masa sama senator itu juga menasihatkan orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya antara 24 Sept hingga 4 Okt lalu agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya.

Dalam hantaran kemudiannya Zulkifli juga meminta maaf atas “kelemahan dan kekurangan” di pihak dirinya.

“Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh KKM.

“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya,” katanya.

Bant-uan tetap diberikan

Nama Zulkifli disebut-sebut terutama di media sosial sejak pagi tadi lagi kerana dikatakan positif Covid-19, namun tidak ada pengesahan dibuat mengenainya sehinggalah petang tadi.

Lebih menimbulkan kerisauan banyak pihak, dua sidang media yang dijadualkan hari ini – membabitkan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah – dibatalkan.

Zulkifli sebelum ini ada ke Sabah untuk menyertai program di sana ketika tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN), dan sekembalinya ke semenanjung, menghadiri beberapa program lain.

KKM juga menerusi satu kenyataan tadi – tanpa menamakan sesiapa – mengesahkan bahawa seorang individu yang “menghadiri satu mesyuarat di JPM” kelmarin disahkan positif Covid-19.

“Sehubungan itu semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan Covid-19,” kata Noor Hisham.

Kata Noor Hisham lagi, pengesanan dan siasatan kontak sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan Covid-19, dan kontak rapat yang dikenal pasti diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan.

Tambahnya, kontrak rapat dalam mesyuarat itu telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober serta dipakaikan gelang pengawasan.

Ahli lain dalam mesyuarat itu yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan peralatan penilaian rumah (home assessment tool – HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut,” katanya lagi.

Dalam kenyataan itu juga, Noor Hisham berkata, buat masa ini “individu berkenaan” tidak mengalami sebarang gejala, namun dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan po-sitif Covid-19.

Meskipun kini ditahan di hospital, Zulkifli memberi jaminan bantuan yang dijanjikannya kepada mahasiswa terkandas gara-gara Covid-19 menerusi Mus’adah Khas Siswa Siri 2 tetap diteruskan oleh agensi agama di bawah kementeriannya.

Untuk rekod, bantuan itu adalah bagi membantu pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran baru-baru ini.

Bagi program Musa’adah Covid-19 yang diaturkan pula, kata Zulkifli, ia akan dijalankan seperti biasa di seluruh negara melibatkan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain, disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah,” katanya.

“Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada,” katanya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "“Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang”-Kes Covid Naik, Dr Maza mula suara kebimbangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*