Nia Ramadhani Baru Tahu Sayur Perlu Disimpan Dalam Peti Ais

 

Nampaknya selepas berjaya memecahkan telur, kisah pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengakui tidak mengetahui bahawa sayur-sayuran boleh disimpan di dalam peti ais.

Memetik laporan Liputan6, Nia mengatakan dia berasa hairan apabila pembantu rumah memintanya mengalihkan sayur yang baru dibeli ke dalam peti ais.

“Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan biarkan begitu sahaja?,” tanya Nia.

“Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja,” jawab pembantunya.

Dalam pada itu, menerusi video di laman YouTube Nyonya Bos, pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini menunjukkan rumah mewah yang baru disewa olehnya itu.

Bagaimanapun, Nia berkata rumah tersebut bukan untuk diduduki oleh mereka sekeluarga tetapi untuk menempatkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Maximus Bakrie.

Difahamkan, rumah banglo tiga tingkat itu disewa dengan nilai 460 juta Rupiah atau RM129,000 bagi tempoh enam bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Love yourself first, because that’s who you’ll be spending the rest of your life with. @coach

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Nia Ramadhani Baru Tahu Sayur Perlu Disimpan Dalam Peti Ais"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*