“Tunggulah sampai akad” Neelofa jelaskan kehadiran PU Riz Kat MAJLIS KAHWIN

 

“Tidak, tiada apa-apa.” Itu jawapan ringkas daripada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengenai desas-desus hubungan percintaannya dengan pendakwah yang juga pelakon, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut Neelofa, 31, PU Rizz bukan sahaja rapat dengan dirinya malah seluruh ahli keluarga sejak tiga tahun lalu.

“Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.

SEBAB KENAPA PU RIZ BOLEH HADIR KE MAJLIS KAHWIN

Muncul Pakai Sedondon Dengan Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi Netizen

“Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput.

“Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu,” katanya kepada Gempak.

Neeofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar semua pihak menghormati pendiriannya mengenai hal peribadi.

“Saya & Dia Sebenarnya…” Dijodohkan Dengan PU Riz, Ini Jawapan Neelofa

“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan.

“Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,” katanya lagi.

Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.

Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.

“Tunggulah sampai akad! Neelofa jawab dakwaan jadi orang ketiga

SUSULAN pendedahan seorang wanita yang mendakwa hubungan cinta dengan Pencetus Ummah (PU) Riz terputus disebabkan orang ketiga, pengacara popular Neelofa yang dikaitkan dengan isu itu enggan mengulas panjang hal berkenaan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, yang ditemui mStar pada Khamis menjelaskan dia tidak tahu mengenai isu itu dan berasa kurang selesa berkongsi hal peribadi membabitkan dirinya.

“Saya tak tahu dan tak ambil kisah… sebolehnya saya tak mahu tambah kerisauan tentang hal itu. Saya kunci diri daripada benda-benda tak patut, tak ada apa yang boleh saya komen.

“Mengenai hal peribadi saya juga tak mahu bercerita banyak kerana bimbang ia boleh memakan diri. Bagi saya tak perlu buka aib sendiri, begitu juga orang di luar sana… kalian ada media sosial jadi lebih baik jangan terlalu dedahkan hal peribadi.

“Sejujurnya ini bukan benda baharu dan saya ada terdengar orang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ini tapi saya tak ambil kisah, ” katanya kepada mStar.

Neelofa melancarkan butik terbaharu miliknya Naelofar di 1 Utama.

Pada Jumaat lalu, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Riz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan dan permohonan maaf atas tindakan mempertikaikan kelakuan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Netizen secara tidak langsung mengaitkan nama Neelofa meskipun status yang ditulis gadis berkenaan tidak memetik mana-mana pihak.

Neelofa ditemui pada pelancaran butik terbaharu Naelofar di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Jadi hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi.
Sementara itu bekas pengacara program MeleTOP ini membuat keputusan untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan peribadinya dengan mana-mana individu.

Ini kerana hal membabitkan sesebuah perhubungan merupakan hal yang belum pasti, justeru itu dia memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

Neelofa mula dikaitkan mempunyai hubungan dengan PU Riz sejak Ramadan lalu.

“Tunggulah sampai akad… kalau nak kongsi sikit-sikit okay! Malah dalam Islam kalau bertunang pun tak digalak untuk dihebohkan apatah hubungan yang tak ada ikatan.

“Jadi hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi, ” ujarnya.

Hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan spekulasi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa.

Nabila serba-salah, ibu Neelofa sudah lali

KAKAK kepada Neelofa, Noor Nabila mengakui serba-salah selepas memuat naik video di Instagram Story memaparkan PU Riz sedang bersembang dengan Neelofa disertai emoji hati, baru-baru ini.

Nabila berkata, dia tiada niat untuk mengundang spekulasi atau salah-sangka orang ramai.

“Emoji hati atau cinta yang saya kongsikan di Instagram Story itu hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya.

“Ia tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah salah tafsir perkara itu. Pada majlis terbabit, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa,” katanya.

Menurut Nabila, dia menerima sesiapa saja lelaki yang menjadi pilihan adiknya termasuklah PU Riz.

“Tak kisahlah sama ada PU Riz, bekas teman lelaki atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya,” katanya.

Nabila mengakui PU Riz seorang individu dan pengajar yang baik dalam berkongsi ilmu agama.

“Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam solat tarawih Ramadan lalu. Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan.

“Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya,” katanya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sudah lali dengan isu yang dikaitkan dengan anaknya itu.

“Saya sudah biasa dengan perkara ini. Neelofa pun sudah 10 tahun dalam dunia seni. Pada awalnya mungkin saya rasa pelik, tapi sekarang dah tak kisah pun, asalkan kita tahu siapa kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai PU Riz yang sedang dikaitkan dengan anaknya, Kartini enggan mengulas lanjut.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau boleh, saya tak mahu cakap atau sentuh perihal jodoh anak saya,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "“Tunggulah sampai akad” Neelofa jelaskan kehadiran PU Riz Kat MAJLIS KAHWIN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*