Makin cantik bergaya, penampilan Hidayah Abam raih pujian netizen

 

Balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nur Hidayah Mohd Ali dilihat sudah mulai mengorak langkah dan bangkit daripada kesedihan dengan mencari pendapatan sendiri.

Selepas jualan cempedak gorengnya mendapat sambutan yang menggalakkan, wanita berusia 28 tahun itu telah berjaya membuka kedainya sendiri bagi menjalankan perniagaan tersebut.

Rezekinya juga semakin mencurah-curah dan kerap kali mendapat perhatian warganet di sosial media kerana kagum dengan kesungguhannya menyara diri sendiri dan anaknya.

Terbaru, Hidayah berkongsi sebuah posting di Instagram sehingga mencuri perhatian warganet kerana berpenampilan berbeza selain kelihatan sangat cantik dengan dress labuh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini dayah mengayakan busana cantik ini dari @hijabista.hub terima kasih bagi dress yang sangat2 selesa dipakai.. Kepada yang nak beli dress macam dayah pakai ni boleh dm atau follow je @hijabista.hub @hijabista.hub @hijabista.hub #kitabaikramaisayang

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Semakin hari semakin cantik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan terkini Hidayah yang kelihatan semakin cantik.

Mereka juga sempat mendoakan agar Hidayah terus tabah dan kuat mengharungi kehidupan akan datang sebagai seorang ibu tunggal.

Sumber: hidayah_abam

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Makin cantik bergaya, penampilan Hidayah Abam raih pujian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*