(Video) Lelaki Dilapor Beli Tanah Di Bulan, Hadiah Untuk Isteri Sebagai Hadiah Perkahwinan

 

PAKISTAN: Seorang lelaki dilapor membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun, membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).

Menurut Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di bulan, namun pembelian ini benar-benar terjadi dalam kalangan penduduk sedunia sekarang.

Seseorang itu boleh membeli tanah di bulan melalui LSI. Setiap pembelian tersebut akan mendapat dokumen yang dikeluarkan oleh ‘Sea of Vapours’, sebagai perjanjian agar tanah yang dibeli itu akan kekal dan dapat didiami.

Selain daripada Sohaib Ahmed, terdapat individu lain yang sudah membeli tanah di bulan iaitu seorang pelakon Bollywood yang dikenali sebagai Sushant Singh.

Shah Rukh Khan Dan Sushant Singh Rajput Ada Tan@h Di Bvlan! Ini Nilai Sebenar Tanah Tersebut

Kecintaan mendiang Sushant Singh Rajput terhadap bidang astronomi membuatkan dia sanggup berhabis untuk punyai aset di bulan.

Mempunyai sebidang tanah di kawasan Mare Muscoviense atau Laut Muscovy, Sushant membeli tanah itu dari International Lunar Lands Registry (ILLR) selepas mengikuti program selama tiga tahun.

Manakala, King of Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan pula mendapat sebidang tanah di bulan yang dihadiahkan oleh seorang peminat setianya.

Difahamkan, berdasarkan program ILLR harga seekar tanah di bulan bernilai sekitar AS$32 (RM136).

Sushant pula membelanjakan sekitar Rs6,900 (RM388) pada tahun 2018 untuk membeli tanah di bulan untuk keluasan tanah 276 kilometer persegi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The My Side Of The Moon 🌓 #dreams

A post shared by Sushant Singh Rajput (@sushantsinghrajput) on

Selain memiliki tanah di bulan, Sushant juga mempunyai sebuah teleskop berkualiti tinggi Meade 14″ LX600 yang dibeli untuk menyaksikan planet Zuhal dari kediamannya.

Malah, teleskop berharga sekitar AS$7,999 (RM10,852) itu mampu melihat bintang dan planet Musytari.

Sushant juga mempunyai stimulator pesawat jenis Boeing 737 demi mendapatkan lesen yang diidamkan.

Tonton video:

 

Sumber: Dialogue, Siakap Keli, Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://petuadanresepibonda.com/

Be the first to comment on "(Video) Lelaki Dilapor Beli Tanah Di Bulan, Hadiah Untuk Isteri Sebagai Hadiah Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*