Baru Sehari dpt tawaran masuk GV7, Ashira Dihalau Keluar Dari Rumah

 

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah, Ashira terpaksa menumpang berlindung di rumah kakaknya selepas dihalau keluar dari rumah sewanya sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7).

Cerita Ashira sebak, dia akur dengan arahan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lalu.

‬”Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.

“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.

“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,” katanya kepada Gempak.

Tambah pemilik nama sebenar ‪Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, dia hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, selepas bercerai dengan suaminya lima tahun lalu.

“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini tak cukup ruang untuk dia.

“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini.

“Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril pula beritahu sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia pendam.

“Kalau boleh, saya tak nak anak saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini,” ujarnya.

Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.

Gegar Vaganza musim ketujuh kembali dengan 14 peserta

PROGRAM realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) membariskan 14 peserta berbanding 12 peserta dalam musim terdahulu.

Mereka adalah Mus MAY, Yantzen, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda serta dua kumpulan iaitu Eva dan Indigo.

GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad jam 9 malam.

Ayu Damit ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana akhirnya diberi peluang untuk menyertai program ini selepas enam kali percubaan.

“Alhamdulillah, selepas enam kali mencuba nasib menyertai GV dan sekali Gema Gegar Vaganza (GGV), tapi belum ada rezeki. Jadi, bila dapat peluang kali ini, saya bersyukur dan berharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris berkata, dia bersetuju untuk menyertai GV7 di saat-saat akhir.

“Saya sudah dipujuk berkali-kali untuk menyertai GV dan kali ini, saya terima juga di saat akhir,” katanya.

Sementara itu, Linda Nanuwil yang sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua berkata, ia umpama pembuka lembaran baru buat kerjayanya.

“Saya sudah buat kemunculan semula dalam industri muzik sejak 2018. Jadi, bila dapat peluang untuk sertai GV7, saya harap ini dapat jadi pintu rezeki buat saya,” katanya.

GV7 masih mengekalkan format pemarkahan yang diadili 100 peratus juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Baru Sehari dpt tawaran masuk GV7, Ashira Dihalau Keluar Dari Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*