Kucing Selamba Tidur Celah Papan Tanda Buat Netizen Tepuk Dahi

 

Salah satu sebab kucing sering menghiburkan hati ramai adalah kerana mereka banyak menunjukkan banyak tingkah laku pelik. Sikap dan tabiat mereka yang tidak dapat dijelaskan seperti berdengkur, mengurut dan ketaksuban terhadap plastik atau kotak membuat ramai yang tertarik dengan haiwan ini.

Walaupun kucing dan manusia telah hidup bersama sejak 5000 tahun lalu, banyak kelakuan mereka hingga ke hari ini masih menjadi misteri dan sukar difahami.

Tabiat tidur kucing adalah antaranya yang kadang-kala membuat kita garu kepala. Apa tidaknya, bukan sahaja haiwan comel ini boleh tidur sehingga 16 jam sehari, tetapi mereka boleh tidur di mana-mana sahaja.

Seperti yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian oleh pengguna Twitter @adreeeeeeee, dia tidak sangka dapat menyaksikan gelagat comel seekor kucing yang tidur lena di celah papan tanda.

Dalam video yang dikongsikan, pengguna Twitter itu dilihat cuba memanggil kucing tersebut yang sedang tidur sambil menyelitkan badannya di celah papan tanda berhenti, namun panggilan lelaki itu langsung tidak didengari.

Rakaman tersebut membuat rata-rata netizen geli hati, malah ada yang berkongsikan rakaman yang sama di mana kucing duduk bersantai di celah tiang papan tanda berhenti.

“Kucing adalah cecair…”

“susah tidur selagi dia tak jumpa tempat selamat…”

Jom layan kisah-kisah menarik di bawah pula.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Kucing Selamba Tidur Celah Papan Tanda Buat Netizen Tepuk Dahi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*