“Jangan C@ci Orang Menlnggal Dunia, Kau Tak Tahu Apa Yang Dia Lalui Antara Dia Dengan Tuhan Menjelang Aj@lnya” – Pu Azman

Pendakwah dan Pencetus Ummah (PU) Azman menegur sikap segelintir individu memberikan kata-kata negatif terhadap orang menlnggal dunia.

 
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar.
 
“Jangan c4ci orang yang menlnggal hanya kerana dia tidak sempurna amalannya ketika hidup.
 
“Kau tak tahu apa yang dia lalui antara dia dengan Tuhan menjelang ajalnya.
 
“Adakah kau tahu jerih payahnya untuk berhubung dengan tuhan sepanjang hidupnya?
 
“Adakah kau lebih pantas dari Tuhan untuk mengetahui isi hati manusia?” coretnya.
 
Cik Man juga turut berkongsi hadis mengenai perkara itu.
 
“Maksud: Jangan mencela orang mati kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan” – (Bukhari).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tugas kita yang hidup ialah mendoakan kesejahteraannya di sana. . Walaupun kau tengok dia tak bagus agamanya, tak tutup aurat, tapi itu tetap bukan lesen untuk kau menghukum syurga nerakanya. . Adakah kau tahu jerih payahnya untuk berhubung dengan Tuhan sepanjang hidupnya ? . Apakah kau lebih pantas dari Tuhan untuk mengetahui isi hati manusia ?. . Hadis sohih di bawah. . لا تَسُبُّوا الأمواتَ، فَإنَّهُمْ قَدْ أفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّموا. . Maksud :”Jangan cela orang mati, kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan”. (Bukhari). .

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Terdahulu, ibu kepada bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, Nor Syakinah Abdullah terkilan dengan seorang individu yang meninggalkan komen biad4b dengan mengatakan kematlan anaknya sebagai m4ti katak.

Perkara itu juga menjadi tular dan menimbulkan kemarahan netizen dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "“Jangan C@ci Orang Menlnggal Dunia, Kau Tak Tahu Apa Yang Dia Lalui Antara Dia Dengan Tuhan Menjelang Aj@lnya” – Pu Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*