Did@kwa sengaja cabut mesin hay@t pada hari Jumaat, Ini reaksi Ibu Sandra Dianne

 

IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah sekali lagi meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di laman Facebook.

Kali ini, Syakinah dituduh menyebabkan kematian anaknya apabila membuat keputusan menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika berada di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut Syakinah, komen yang ditulis individu berkenaan merupakan satu fitn4h besar dan menggores hatinya serta keluarga.

“Allahuakhbar… banyaknya fitn4h yang bertebaran, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah! Kepada Eina Outlet, kami tak tahu pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.

“Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang (bertarung) nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitn4h besar yang harus saya pikul.

“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya,” katanya menerusi Facebook peribadi pada Isnin.

Syakinah kecewa dengan tuduhan tidak berasas seorang pengguna Facebook itu.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen berbentuk tuduhan yang ditulis seorang netizen mempersoalkan pemergian penyanyi lagu Hey Kau itu.

Individu menggunakan akaun Facebook Eina Outlet mend4kwa Sandra meninggal dunia pada hari Jumaat selepas keluarga memutuskan menghentikan bantuan alat pernafasan.

Menjelaskan situasi sebenar, Syakinah memaklumkan anaknya sudah boleh bernafas sendiri setelah menjalani pembedahan.

Ini fitn4h dan saya akan saman kamu! Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!

Bagaimanapun, sehari selepas pembedahan keadaan kesihatan anaknya semakin merosot.

“Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni… selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.

“Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin… sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum.

“Keadaannya menjadi tenat mulai pukul 11 malam sehinggalah membawa kepada kematiannya pada pukul 1 pagi Jumaat… ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia,” ujarnya.

Sandra terbabit kemalangan dan meninggal pada Jumaat lalu.

Kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, Syakinah berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Dimana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasannya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?

“Ini fitn4h dan saya akan saman kamu! Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!” katanya.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada pagi Jumaat lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

“Baik buat majlis tahlil..” – Konsert tribute untuk Sandra, stesen TV dicac1i netizen

Konsert tribute #SandraDalamKenangan telah berlangsung dalam suasana penuh hiba dan pilu di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pihak produksi yang menjayakan program tersebut selain menyiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen (TV) mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Menurut mereka, pihak stesen TV sepatutnya mengadakan majlis tahlil berbanding program berunsurkan nyanyian apatah lagi Allahyarham Sandra Dianne baru sahaja meninggal dunia Jumaat lalu.

Tinjauan komen menerusi beberapa posting di Facebook portal Astro Gempak mendapati rata-rata warganet mend4kwa program seperti itu seakan-akan terikut dengan budaya barat.

Tak perlu pun buat tribute ni

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang mengambil pengisian program berkenaan dari sudut positif dimana itulah cara terbaik untuk ‘bercerita’ mengenai kebaikkan arw4h sepanjang hay4tnya.

Korang yang bising tu, ada tak doakan untuk Sandra?

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap Ilahi selepas enam hari dalam keadaan kritikal di Hospital Putrajaya akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Did@kwa sengaja cabut mesin hay@t pada hari Jumaat, Ini reaksi Ibu Sandra Dianne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*