Elly Mazlein Tak Sempat Tunai Permintaan Abu Bakar Juah

Aktres dan pengacara Elly Mazlein, 40, mendedahkan dia sempat melawat pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, pada awal bulan lalu.

Walaubagaimanapun, Elly terkiIan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan arw4h untuk makan Kari Kepala Ikan.

“Sempat jumpa ayah awal bulan hari tu. Kata mama dan Zarith, ayah tak ada selera nak makan.

“Masa Sharifah datang (ayah Abu Bakar suka panggil saya dengan nama Sharifah), ayah cuba makan sebab nak Sharifah gembira. 

“Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. 

“Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Kampung People, dia akan menunaikan janjinya untuk meIawat seperti mana yang diberitahu kepada anak arw4h.

“Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziar4h ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah.

“Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah,” tulisnya lagi.

Semalam, Allahyarham dikatakan menghembvskan naf4s terakhir kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Elly Mazlein Tak Sempat Tunai Permintaan Abu Bakar Juah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*