T4kut Nak Jumpa PU?? “Saya Lebih Selesa Dengan Ustaz Ebit Lew” -Safiey Illias

Sebelum ini menyatakan bersedia untuk untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya, bagaimanapun Safiey Illias berkata dia memilih untuk merujuk dengan individu yang dia selesa iaitu Ustaz Ebit Lew.

Menurut Safiey, dia tidak mempunyai sebab untuk bertemu dengan Pencetus Ummah (PU) kerana merasakan ini sekadar untuk pemasaran semata-mata. Bukan mahu berlagak, namun dia tidak mahu melibatkan ramai orang dalam mas4lah dirinya.

Safiey Illias Selamat Jalani Pembedahan Buang Silikon

“Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Bukan saya berlagak tapi tak perlu libatkan ramai orang dengan mas4lah saya. Saya ada beberapa orang kenalan dari pejabat agama dan juga ustaz-ustaz yang lain.

“Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja. Sebenarnya lebih okey kalau dia menghubungi saya secara peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Safiey berkata dia lebih suka dengan cara Ustaz Ebit dalam menyampaikan dakwah kerana memilih untuk tidak mengulas isu terbabit di media sosial miliknya.

“Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima. Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni.

“Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu. Sebelum nak kongsi di media sosial, dia akan minta kebenaran dulu,” katanya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "T4kut Nak Jumpa PU?? “Saya Lebih Selesa Dengan Ustaz Ebit Lew” -Safiey Illias"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*