“Perangai Macam Budak-Budak”.. Giliran Bront Palare S0und Ahli Parlimen..

Bermulanya sidang parlimen beberapa hari lalu, seperti dijangka gelagat Ahli Parlimen tidak kira dari blok kerajaan atau pemb4ngkang, kadang kala seperti budak-budak.

Ahli Parlimen seharusnya menjaga etika, tidak bertik4m lidah dengan mengucapkan perkataan yang hanya menjadi bahan ketawa rakyat.

Sementara pelakon dan penerbit filem Bront Palare mengingatkan ahli parlimen bahawa tingkah laku mereka di Dewan Rakyat bukan sahaja disaksikan masyarakat dunia, malah akan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas sidang Dewan Rakyat menyaksikan berlaku kekec0han dalam kalangan ahli-ahli Parlimen

Antaranya adalah berkaitan kenyataan “gelap, pakai bedak.” dan “cucu nak mencelah, cucu,” serta beberapa isu lain.

” Bapak menteri dan Yang Berhormat (YB) sekalian. Mohon beringat, sekarang dunia Internet.

” Apa saja yang anda tunjukkan dalam sesi Parlimen, bukan saja menjadi contoh dan teladan buat anak cucu.

” Malah juga ditonton oleh warga dunia yang lain,” ciapnya di Twitter hari ini.

Setakat semakan Malaysiakini ketika laporan ini ditulis, bebenang Twitter itu mendapat hampir 10,000 ulang ciap dan hampir 10,000 komen.

Sebagi contoh, pada 13 Julai lalu, Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dengan berkata “gelap, tak nampak” semasa Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) sedang berbahas.

Bagaimanapun, Kasthuri pada awal tidak menyedari kenyataan dibuat dan terus berbahas hingga RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun dan meminta Abdul Azeez menarik balik kata- katanya.

Hal itu menyebabkan Abdul Azeez bangun dan memberi penjelasan.

” Saya juga gelap, takkan gelap nak jadi isu.

” Saya tidak menyatakan bahawa beliau atau YB ini gelap. Saya pun gelap, pakailah bedak,”

Azeez berkata demikian susulan bantahan dari beberapa anggota parlimen pemb4ngkang, yang turut menggesa beliau menarik balik kenyataannya.

Kasthuri kemudian memetik Peraturan Mesyuarat 36 yang menyatakan tidak wajar untuk anggota Dewan Rakyat menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat komen bernada s3ksis.

Sementara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq turut dipersenda oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang berkata “cucu, cucu nak mencelah, cucu,”, sewaktu Saddiq mahu mencelah Tun M.

Bront berkata, kegagalan mengawal perbuatan tersebut akan menyebabkan imej agama dan bangsa terjejas.

” Imej-marvah agama, bangsa dan negara di tangan anda,” ciapnya lagi.

Dalam pada itu, sidang dewan rakyat pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sementara Datuk Azhar Azizan Harun, 58, atau lebih dikenali dengan panggilan Art Harun pula dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Perangai Macam Budak-Budak”.. Giliran Bront Palare S0und Ahli Parlimen.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*