“Kecik2 Tak Nak Mamp*s..” – Aliff Aziz

PENYANYI Aliff Aziz ber4ng dengan tindakan seorang pemilik akaun p4lsu yang melakukan penghi1naan terhadap isterinya, Bella Astillah menerusi kiriman mesej peribadi di laman Instagram.

Aliff berkata perbuatan individu itu melampaui batas, lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya yang kini sedang sarat meng4ndung.

“Satu perkara menyampaikan kata-kata kas4r untuk orang lain, tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang meng4ndung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.

“Ini akibatnya apabila diri tiada basic value untuk hormat orang lain lepas itu keluarkan kata-kata kes4t dekat ibu meng4ndung yang tak pernah buat salah dengan kau,” katanya.

Penyanyi lagu Sayang Sayang meluahkan rasa kurang senang itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.

Akaun p4lsu tersebut menggunakan foto orang lain dan menghantar mesej hinaan terhadap Bella Astillah.

Dia turut berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar oleh individu tersebut.

“Hahaha gemvk macam ****, ****!,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan und4ng-und4ng jika individu berkenaan berterusan melakukan pengh1inaan terhadap Bella.

“Ini contoh kata-kata orang, kecil-kecil tak nak m4mpus, dah besar jadi attention seeker.

“Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini… berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Bella bersama Aliff dan anak mereka, Ayden Adrean.

Bella Astillah kini sedang ham1il dan dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Julai ini.

Pasangan ini kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah kira-kira Julai tahun lalu.

Bella dan Aliff pernah bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kant0i cur4ng.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Kecik2 Tak Nak Mamp*s..” – Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*