Gara-Gara Beli Online, Kakak Anzalna Dapat Baju B4u Keti4k M4sam!

Kakak kepada Anzalna Nasir, Diana Nasir terkilan apabila menerima pakaian yang dibeli dari platform beli-belah maya yang sudah dipakai.

Jelas Diana, baju yang diterimanya itu kotor dan berbau busuk menandakan pernah dipakai oleh individu lain sebelum dijual semula.

“Setiap kali apabila membeli baju dari Z***** mesti baju ada kotor atau bau ketiak atau bau bekas orang pakai! Ia menjijikkan!

“Guys, janganlah pakai pulang, kasihan pembeli seterusnya. Dear Z***** tolong periksa betul-betul,” tulisnya menerusi Instagram Stories.

Tambahnya, situasi itu bukan pertama kali terjadi kepadanya dan pernah menerima baju yang berpin.

“Beberapa bulan lepas juga dari Z*****! Siap ada pin lagi, nasib tak tercucuk ketika sis!

“Label baju pun dah lusuh, macam mana kalian tidak perasan?

“Baju ini bau ketika teruk ya amat! Boleh pengsan! Jebon ni pakai pergi mana eh?” tulisnya.

Kisah Diana menjadi mangsa pembelian baju terpakai itu dikongsikan semula oleh netizen di media sosial.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Gara-Gara Beli Online, Kakak Anzalna Dapat Baju B4u Keti4k M4sam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*