Mengg1gil, men4ngis selepasTunku Azizah suruh telefon nombor peribadi. Aznil terh4ru sikap merendah diri Raja Permaisuri Agong.

PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi terh4ru dan men1tiskan air mata apabila dapat berhubung secara perib4di dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi panggilan telefon, baru-baru ini.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, dia mengagumi sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Tunku Azizah sepanjang perbualan mereka itu.

“Subhanallah… itu adalah permaisuri ya, bagaimana merendah dirinya seorang permaisuri, sedangkan kita rakyat biasa rasa diri kita sangat tinggi.

“Ini seorang permaisuri merendah diri… ini air mata keinsafan sebenarnya, syukur Subhanallah!

“Ya Allah kau menganugerahkan seorang permaisuri berhati waja dan berjiwa rakyat. Ampvn tuanku patik menjunjung kasih,” katanya.

Aznil terharu sikap merendah diri Tunku Azizah.

Paknil berkongsi momen cukup bermakna itu menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini memaklumkan tujuannya menghubungi Tunku Azizah bagi mendapat perkenan projek lagu baharu mengenai bvli siber.

Paknil berkata dia sudah menghantar surat rasmi ke istana dan mengirim mesej perib4di kepada baginda di laman sosial, namun Tunku Azizah memberikan nombor peribadi untuk dihubungi.

Paknil hubungi Permaisuri kerana mahu berbincang mengenai projek lagu terbaharu.

“Paknil ada mesej Tunku Permaisuri tapi minta ampun sebab cara Paknil macam tak betul mesej sahaja, sebelum ini pernah mesej tapi fasal makanan.

“Sebabkan ada tugas, jadi Paknil hantar surat kepada istana tapi takut Tunku terperanjat dan tanya kenapa tak beritahu dulu, jadi Paknil mesej dan selepas itu Tunku minta call.

“Mengg1gil Paknil apabila Tunku Permaisuri minta telefon terus. Sangat berd3bar!,” ujarnya.

Video yang dikongsi Paknil itu menerima lebih 40,000 tontonan di laman Facebook.

Rata-rata pengikut memuji sikap merendah diri Tunku Azizah seperti didengari dalam rakaman perbualan tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Mengg1gil, men4ngis selepasTunku Azizah suruh telefon nombor peribadi. Aznil terh4ru sikap merendah diri Raja Permaisuri Agong."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*