Sudah Setahun Bers4ra, Tiada Rakan Pun Dalam Industri Yang Hubungi. Ini Luahan Salih Yaakob

Setahun meninggalkan kerjaya seni sepenuhnya, penyampai radio, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Salih Yaacob, 60, mengakui tiada apa yang nak dirindukannya lagi.

Menurut Salih, dia sudah puas dengan apa diraihnya selama ini seperti nikmat populariti dan dikenali ramai yang diperoleh dahulu.

Ujarnya dia tidak mahu terus mengenang lagi kerana usia pun semakin ke penghujung.

” Alhamdulillah, saya tidak berasa rindu langsung pada kerjaya seni yang ditinggalkan. Ini kerana, saya anggap diri sudah bersara dan ada fokus lain yang perlu diutamakan.

Tiada rakan hubungi, Salih tidak berk3cil hati

” Malah, rakan-rakan dalam industri pun tidak ada yang menghubungi dan mencari saya.

” Jadi, kehidupan yang dijalani kini dirasakan sangat tenang dan damai.

” Saya pun tidak s3dih atau berkecil hati bila tiada rakan menghubungi kerana saya pun boleh mencari mereka.

” Cuma, dalam keadaan sekarang saya tahu mereka sudah tentu ada urusan sendiri,” katanya.

Kata Salih beliau kini bahagia mengharungi kehidupan bersama tiga isterinya iaitu Norlizah Mamat, 55, Norfara Wahida Sulaiman, 41, dan Samihah Sheikh Ali atau Emi, 34.

Bapa kepada 13 anak ini berkata sekarang tumpuan masanya adalah bersama keluarga.

” Kebanyakan anak-anak saya pun sudah besar dan ada yang memiliki keluarga sendiri. Cucu pun sekarang, saya dah ada tujuh orang. Jadi, apa yang nak saya kejarkan lagi.

” Anak masih kecil yang perlu ditanggung pula ada dua orang, iaitu seorang berusia 11 tahun dan paling bongsu, umur enam tahun. Komitmen kehidupan saya sudah tidak besar macam dahulu.

Syukur isteri-isteri saling berkasih sayang

” Isteri-isteri pun saling muafakat dan berkasih sayang. Jadi, saya bersyukur dalam sisa kehidupan ini, Allah sudah mempermudahkan banyak perkara,” katanya.

Menurut Salih, dia juga melihat urusannya untuk terus seronok dengan aktiviti dunia sudah sampai masa berhenti. Sekarang, tempoh yang ada ini baginya untuk mempersiapkan bekalan akhirat pula.

Bersyukur dengan rezeki daripada Allah yang tidak putus, Salih berkata ada tempat tinggal, cukup makan dan pakai buat kekuarganya sudah memadai.

Katanya lagi, kini fasa kehidupan dijalani mereka serba sederhana.

Pada tahun lalu, Salih memilih untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio Sinar selepas 13 tahun berkhimat kerana faktor usia dan kesihatan.

Apapun, Salih juga pernah dikenali sebagai pelakon pada era 1980-an apabila membintangi filem seperti seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: limauais. pw

Be the first to comment on "Sudah Setahun Bers4ra, Tiada Rakan Pun Dalam Industri Yang Hubungi. Ini Luahan Salih Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*