Berita gembira Untuk Umat Islam.. Makkah Akan dibuka semula 31 Mei ini..

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi melonggarkan sekatan berikutan penularan COV1D-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.

Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada tetapi hanya dihadiri oleh kumpulan imam dan kakitangannya.

Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada 21 Jun, iaitu penduduk di Makkah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.

Kenyataan itu turut memaklumkan perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih diarahkan tutup, manakala majlis perkahwinan serta peng3bumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang. – AGENSI

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH

Be the first to comment on "Berita gembira Untuk Umat Islam.. Makkah Akan dibuka semula 31 Mei ini.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*