“Pembantu Buat Perangai Tinggal Anak Di Rumah Seorang!”- Isteri Aliff Syukri Dedah…

Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida akui kehidupan mereka sekeluarga tidak sentiasa indah dan mudah seperti yang disangka.
 
Shahida mendedahkan, dia dan suami pernah diduga pelbagai ujian termasuk anaknya pernah ditinggalkan keseorangan di rumah kerana pembantu rumah melarikan diri ketika mereka keluar bekerja.
 
“Kalau orang tengok kehidupan kami orang selalu kata untungnya ada business semua cukup. Alhamdulillah memang saya selalu bersyukur dengan apa juga rezeki mahupun ujian yang Allah bagi.
 
“Tapi sebenarnya ada juga suka duka kami dalam kehidupan. Dalam hidup ni mana ada orang tak ada masalah, dugaan kehidupan rumah tangga, keluarga, dugaan perniagaan yang bermacam-macam ,dugaan staff tak jujur, pembantu buat perangai tinggal anak di rumah seorang! (waktu tu Baem) sebelum datangnya bibik tudung!” tulisnya.
 
Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah bekas ahli kumpulan nasyid Solehah itu lagi, dia pernah berputus asa untuk meneruskan perniagaannya bersama suami, namun segera bangkit kerana memikirkan kebajikan pekerjanya dan rezeki yang telah Allah kurniakan.

“Kalau ikut hati mungkin dah lama berhenti niaga sebab tak sanggup nak hadap dugaan-dugaan itu.

“Tapi bila fikir kenapalah aku nak mengeluh, Allah dah bagi banyak nikmat. Pembantu aku sanggup tinggal anak-anak dan tinggal suami datang sini nak cari rezeki, tapi aku Allah uji sikit sahaja dah nak give up!!
 
“Kalau aku putus asa macam mana pekerja-pekerja aku yang lain. Allah hadirkan kami sebagai perantara untuk rezeki mereka.. Terus semangat datang berkobar-kobar nak buat yang terbaik.
 
“Apapun bersyukur dengan rezeki Allah pada hari ni, rezeki untuk kami salurkan pada mereka sebagai perantara. Bila dapat bantu orang nikmat dia ialah hati kita bahagia dan gembira,” katanya lagi.
 
Shahida dan Aliff berkahwin pada Ogos 2007. 
 
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau orang tengok kehidupan kami orang selalu kata untungnya ada business semua cukup….Alhamdulillah mmg saya selalu bersyukur dengan apa juga rezeki mahupun ujian ya Allah bagi… . Tapi sebenarnya ada juga suka duka kami dalam kehidupan……dalam hidup ni mana ada orang x ada masalah….dugaan kehidupan rumahtangga,keluarga,dugaan pernigaan yg bermacam2,dugaan staff x jujur,pembantu buat perangai tinggal anak di rumah sorang!!(waktu tu baem) sebelum datangnya bibik tudung!! Kalau ikut hati mungkin dah lama berhenti niaga sebab x sanggup nak hadap dugaan2 tu…tapi bila fikir kenapa lah aku nak mengeluh..Allah dah bg byk nikmat….bibik2 aku sanggup tinggal anak2 tinggal suami dtg sini nak cari rezeki…..tapi aku Allah uji sikit je dah nak give up!! . kalau aku putus asa mcm mana pekerja2 aku yg lain…mana dorang nak kerja….mcm mana aku nak bayar gaji semua orang yg Allah hadirkan kami sebagai perantara untuk rezeki mereka..terus semangat datang berkobar2 nak buat yg terbaik… . Apapun bersyukur dengan rezeki Allah pada hari ni…..bg rezeki utk kami salurkan pada mereka sebagai perantara….bila dapat bantu orang nikmat dia ialah hati kita bahgia dan gembira…

Siaran dikongsi oleh Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Pembantu Buat Perangai Tinggal Anak Di Rumah Seorang!”- Isteri Aliff Syukri Dedah…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*